Short Movie by UKHWAH-Menghargai Masa








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bukan Elektronik

Bagi Bahan Bantu Mengajar untuk subjek GE2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, saya telah menghasilkan barang perhiasan wanita iaitu rantai dan gelang daripada botol minuman air mineral dan straw.Barang perhiasan ini adalah satu set yang merangkumi gelang dan rantai.Berikut 10 keping gambar dari pelbagai sudut bagi projek inovasi saya.


Secara kesimpulannya,barang yang telah digunakan sebenarnya boleh kita inovasikan kepada bahan yang lebih cantik dan menarik asalkan kita berfikir secara kreatif.Jika dilihat dari gambar diatas pasti ramai tidak menyangka bahawa botol air mineral dan straw yang telah diguna boleh diinovasikan menjadi perhiasan wanita yang ekslusif dan elegan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


''NURSING INFORMATICS'' DALAM BIDANG PERUBATAN 

Apabila diajukan soalan mengenai bidang nursing informatics kepada golongan masyarakat kita, mungkin hanya suku daripada golongan masyarakat mengetahui mengenai bidang tersebut. Nursing informatik bukanlah suatu bidang yang baru diperkenalkan malah ianya sebenarnya telah lama diperkenalkan dalam bidang perubatan. Namun di Malaysia, bidang nursing informatics boleh dikatogerikan sebagai bidang yang baru mula menapak dan diperkenalkan kepada masyarakat. 

Menurut sejarah awal, Informatik dimodelkan berdasarkan perkataan Perancis iaitu informatique dan pada akhir tahun 1970-an, perkataan tersebut pertama kali digunakan sebagai medical informatics, diikuti dengan penggunaan dalam bidang kejururawatan pada tahun 1980-an. American Nurses Association (ANA) menjadikan nursing informatics sebagai satu bidang amalan khusus pada tahun 1992, walaupun jururawat sebelum ini telah lama diperkenalkan dengan bidang informatik. Selepas itu, ahli-ahli sukarelawan ANA telah mengembangkan skop dan piawaian bagi bidang praktikal yang berfungsi sebagai panduan untuk diamalkan dalam bidang perubatan.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi bahagian yang penting dalam penjagaan kesihatan hampir sepanjang tempoh 30 tahun yang lepas. Kesan daripada fenomena ini menyebabkan wujudnya peranan nursing informatics. Menurut ANA nursing informatics membawa 2 bahagian definisi iaitu yang pertama, ia adalah khas yang mengintegrasikan sains kejururawatan, komputer dan maklumat untuk mengurus data, maklumat dan pengetahuan mengenai amalan kejururawatan atau pesakit. Manakala definisi kedua pula adalah bidang pengkhususan yang memudahkan penggunaan data, maklumat dan pengetahuan untuk membantu membekalkan penjagaan kesihatan dan pendidikan pesakit dalam proses membuat keputusan mereka. Jururawat nursing informatics menggunakan latar belakang kejururawatan praktikal mereka apabila mengaplikasikan penggunaan teknologi baru untuk meningkatkan penjagaan pesakit.
Pelbagai langkah atau cadangan perlu dilaksanakan bagi mengetengahkan serta memantapkan lagi bidang nursing informatic agar dapat diaplikasi dalam bidang kesihatan dalam negara kita.
Antara langkah yang perlu dilakukan adalah yang pertama memperkenalkan subjek nursing informatics dalam pelajaran bagi pelajar kejururawatan serta dalam bidang pengkhususan untuk jururawat yang ingin melanjutkan pengajian kearah yang lebih tinggi lagi. Dengan cara ini, para jururawat akan lebih mengenali dan memahami skop tugas untuk bidang ini. Mereka juga akan dapat membawa pembaharuan dalam bidang tugas jururawat selepas selesai pengajian serta mencapai tahap yang lebih canggih dalam pemahaman dan kemahiran dalam cabang bidang jururawat.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membekalkan tenaga mahir serta keperluan ICT yang lengkap bagi mengalakkan para jururawat berminat untuk melibatkan diri dalam bidang nursing informatic. Dengan adanya tenaga mahir dalam memberi pendidikan terhadap bidang ini, maka para jururawat tidak perlu lagi mendalami bidang ini di negara luar. Kemudahan ICT yang lengkap juga membantu memudahkan pengaplikasian nursing informatic untuk tugas di hospital dengan membekalkan kecekapan dalam aplikasi maklumat yang dapat menampung keseluruhan bidang praktikal dan amali para jururawat.

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam aspek ini dengan mempromosikan bidang nursing informatics kepada masyarakat agar mereka dapat mengetahui dan memahami kewujudan bidang ini dalam dunia perubatan pada masa kini. Antaranya dengan menyiarkan iklan di radio dan televisyen serta menyiarkan juga artikel mengenai bidang ini di dada akhbar atau dalam internet. Ini kerana pada masa kini, media massa merupakan platform untuk masyarakat mengetahui maklumat terbaru. Oleh itu, dengan adanya penyampaian maklumat mengenai bidang ini, maka masyarakat akan dapat menerima dan memperolehi maklumat mengenai kepentingan bidang ini dalam pengaplikasianya untuk bidang kesihatan. 

Dalam pada itu, setiap pengurusan hospital juga perlu menyediakan bidang tugas untuk jawatan jururawat nursing informatics dalam hospital mereka agar para pengamal bidang perubatan lain dapat memahami serta menerima keberkesanan tugas nursing informatics dalam memudahkan pengurusan penjagaan kesihatan bagi pesakit serta tugas-tugas rutin dan maklumat yang perlu diperolehi untuk rawatan para pesakit. Jika kita lihat di negara-negara maju seperti Amerika dan Kanada , mereka menyediakan skop tugas yang khusus untuk jawatan jururawat nursing informatic sehingga ketahap pakar. Dengan cara itu, tugas serta jagarawatan di hospital mereka menjadi lebih efektif serta lancar. Para pesakit juga mendapat faedah dari segi rawatan dan penjagaan kesihatan dan pendidikan ketika di hospital.
Cadangan yang terakhir sekali dalam mengetengahkan dan memantapkan bidang nursing informatics ini adalah dengan mengadakan bengkel serta stimulasi berkaitan dengan bidang nursing informatics. Dengan cara ini, jururawat dapat memahami dan memperbaiki kefahaman serta praktikal mereka dalam nursing informatics. Mereka juga akan dapat dapat memperolehi maklumat terkini dan menjadi lebih proaktif dalam bidang ini.

Kesimpulannya,bidang nursing informatics perlulah mula menapak di setiap pusat perubatan dalam negara kita agar sistem pengurusan jagarawatan menjadi lebih efektif serta memberi impak yang positif kepada para pelanggan kesihatan kita. Justeru itu, langkah-langkah yang drastik perlu dilaksanakan untuk merealisasikan impian ini.
  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS




10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG KESIHATAN

Mako Surgical: RIO Robotic Arm System


RIO adalah sentuhan simulasi interaktif pembedahan yang menggabungkan lengan robot dengan pesakit, visualisasi teknologi tiga dimensi dan menyediakan sendi lutut untuk memasukkan implan melalui insisi minimum. Sistem lengan robot adalah sistem robotik yang pertama dicipta untuk pembedahan ortopedik. Sistem ini membolehkan tahap ketepatan yang tinggi dan kedudukan yang optimum daripada implan dan menyediakan potensi untuk hasil yang lebih baik dalam pembedahan untuk sebahagian penurapan prosedur alat ganti tulang dan tisu yang sihat, mengekalkan ligamen serta membolehkan pemulihan yang lebih cepat dan secara semula jadi.

Vscan Pocket-sized Ultrasound Imaging

Vscan adalah  pengimbas ultrabunyi berbateri yang bersaiz poket dimana dapat membantu para doktor dan jururawat untuk pergi ke dalam masyarakat dan sekolah bagi menjalankan ujian untuk penyakit jantung reumatik yang lazimnya dapat dicegah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Vscan ini dapat dipegang dengan mudah ditangan dan dapat diintegrasikan ke dalam pemeriksaan fizikal di tempat penjagaan, membenarkan doktor dan jururawat untuk melakukan pemeriksaan dalaman badan, menjadikan proses pemeriksaan lebih baik dan cepat ditempat yang di diagnosa serta dapat berkomunikasi lebih baik dengan pesakit.

Embrace Infant Warmer

Embrace panas menggabungkan beg tidur dengan pek pemanasan dan pemanas untuk mewujudkan keadaan yang selamat dan peranti murah untuk mengurangkan kematian bayi dari hipotermia. Konsep Embrace adalah mudah. Alat pouch diletakkan di dalam beg tidur dan isyarat penunjuk suhu akan menunjukkan petanda apabila ianya perlu dipanaskan. Alat ini akan kekal pada suhu yang selesa selama lebih kurang empat jam. 

Health Watch

Heath watch membolehkan orang ramai untuk memantau tahap Kolesterol, Toksin di udara dan di dalam makanan dan air yang dimakan, tahap gula darah, suhu badan serta tekanan darah dengan serta-merta. Alat ini boleh diprogramkan oleh doktor untuk memantau sebarang penyakit khas dan memberi laporan terperinci mengenai perubahan kesihatan mereka. Alat ini  juga boleh memberi amaran kepada orang ramai dengan seberapa segera apabila mereka mendapat sebarang jangkitan sebelum jangkitan tersebut menjadi semakin serius. Disamping itu,alat ini juga merupakan satu-satunya alat yang penting untuk seseorang individu perlu bawa bersama apabila bekerja atau ketika membuat senaman pagi kerana ia dapat memberikan maklumat seperti kelajuan pergerakan dan jumlah kolesterol yang dibakar semasa kerja yang atau tahap pengambilan gula apabila makan dan sebagainya. Selain itu,alat ini mempunyai pemain muzik, pemain video, kamera dan panggilan telefon yang boleh diakses dengan mudah dengan paparan skrin sentuh. Komunikasi telefon dan mendengar audio dilakukan dengan alat dengar wayarles. Alat ini dapat mengantikan semua benda yang diperlukan oleh individu ketika dalam sesuatu perjalanan. Individu boleh menambah permohonan baru dan mengeluarkan aplikasi yang tidak diperlukan.

HEART- CONCIOUS MP3 PLAYER

Pemain MP3 berbentuk jantung direka untuk menghiburkan anda dengan muzik dan memaklumkan kepada anda mengenai kadar denyutan jantung semasa anda melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Pemain Heart MP3 menghapuskan ketidaktepatan yang boleh datang dengan mengambil kadar denyutan jantung anda sendiri, dengan itu memastikan bahawa senaman anda selamat dan produktif.

Symplicity Catheter System


Symplicity Catheter System adalah alat yang merawat tekanan darah tinggi kronik dengan menyerahkan frekuensi radio kepada buah pinggang. Alat ini berfungsi melalui proses yang dikenali sebagai dinervasi buah pinggang, atau ablasi saraf yang terdapat di arteri renal untuk mengawal hipertensi tanpa ubat. Dinervasi renal adalah berjalan selama 40 minit, prosedur ini adalah dikategori sebagai minimally  invasive yang melibatkan kateter dimasukkan melalui arteri femoral ke dalam arteri renal berhampiran setiap buah pinggang. Apabila sudah berada ditempat yang betul, hujung kateter tersebut akan mengalirkan pelbagai rawatan tenaga frekuensi radio selama dua minit untuk menjejaskan saraf dalam sistem simpatetik buah pinggang. Peranti ini mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah secara mendadak.

Withings’ BP Cuff Interfaces

Withings adalah monitor iPhone pengantaramukaan tekanan darah serta meIibatkan iOS aplikasi. Apabila WiFi-enable monitor tekanan darah disambungkan kepada mana-mana iDevice menjalankan IOS 3,0 atau kemudian versi, pembalut akan merekodkan tekanan darah pengguna. Aplikasi akan mengira nilai purata, tekanan darah trek dari masa ke masa, dan boleh memuat naik data kepada beberapa pangkalan data kesihatan dalam talian, termasuk Microsoft Kesihatan Vault dan Google Health.The Withings BP monitor melakukan semua ini untuk anda dengan hanya menyambungkan Withings monitor ke alat iOS. Aplikasi Withings akan dilaksanakan secara automatik dan membuat pengukuran yang sedia ada dengan satu tindakan sahaja. Keputusan terperinci dipaparkan, dan menunjukan nilai-nilai yang disyorkan dengan menggunakan semua kualiti alat iOS. Semua keputusan disimpan untuk pemantauan tepat kesihatan anda. Anda tidak perlu lagi mencatat di mana-mana kertas dan mengira purata kerana secara automatik ia akan memberikan nilai keputusan yang lengkap. Nilai keputusan untuk pagi atau petang dan nilai purata keputusan seterusnya jelas dipantau dan anda boleh dikongsi atau berunding dengan nilai-nilai keputusan tersebut dengan doktor anda.

Qualcomm Tricorder X PRIZE

Integrated diagnostic technology terdapat pada alat pengguna mudah alih yang mudah untuk digunakan, serta membenarkan individu untuk menggabungkan pengetahuan kesihatan dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka. Kemajuan dalam bidang seperti artificial intelligence, wayarles penderiaan, pengimejan diagnostik, makmal-on-a-cip, dan biologi molekul akan membolehkan pilihan yang lebih baik dalam bila, di mana, dan bagaimana untuk individu menerima penjagaan, lantas menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah, berpatutan, dan boleh diakses dengan mudah.

Thermometer without contact — iPhone and iPad peripheral thermoDock

Dalam 4 saat, ThermoDock boleh mengukur suhu orang dengan ketepatan ± 0,2 kepada 0.3 ° C dan jika dilakukan berulang kali, ketepatan meningkat ke 0.19 ° C. Ini diuruskan dengan menggunakan teknologi inframerah, Oleh itu tiada kenalan sebenar kulit atau mulut atau mana-mana tempat lain yang anda mengambil berat untuk memikirkan diperlukan. Ia juga disambung kepada apl VitalDoc percuma, untuk menyimpan dan perkongsian data dan pemantauan trend.
I-Dration Water Bottle

I-Dration botol air bekerja bersama aplikasi telefon pintar untuk memberitahu anda apabila anda perlu berhenti dan mengambil minuman. Botol air i-Dration mengukur suhu ambien bersama-sama dengan berapa banyak air yang anda telah ambil dan masa pengambilannya. I-Dration menghantar maklumat ini kembali kepada telefon pintar dimana akan diproses ke dalam bentuk nombor dan ditambah ke dalam data kadar degupan jantung untuk menentukan sama ada anda perlu minuman atau tidak.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM KEJURURAWATAN


1)A day in the life-nurse

2)Barcode Technology improving patient safety


3)Critical thinking,coping and communication in nursing


4)Imagine a world without nurses


5)DIANA Patient Lift


6)Medical student vs nurse


7)Therapeutic communication-Positive and negative techniques


8)Mobile printer for Healthcare


9)St.Patrick Hospital Celebrates Nurse's Week


10)Formex Medical HI-care/HI-Prodigy computer on Wheels features


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS





Biodata Pelajar

NAMA: NURSUNIARYATI BTE JEPON

NO. MATRIK: A 127501

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN
KEPUJIAN

TAHUN PENGAJIAN: 3

SEMESTER: 2 SESI 2011/2012

SUBJEK: GE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH: MEJAR MOHD JASMY

TUTORIAL:
a) HARI: KHAMIS
b) MASA: 3-6 PETANG
c) TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, TINGKAT 5, JABATAN KEJURURAWATAN

EMEL: babot_myy@yahoo.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OBESITI OH OBESITI

Petang tadi,selepas balik dari mengambil ujian lesen memandu saya singgah sebentar di kedai buku untuk membeli majalah rapi edisi 1 April 2012.



Topik yang dibincangkan dalam keluaran ini adalah berkaitan dengan obesiti.
Setelah selesai membaca,saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai OBESITI.





Semua orang mesti selalu mendengar tentang perkataan obesiti namun masih tak ramai yang peka mengenainya.


Apa sebenarnya OBESITI?
ianya berlaku disebabkan pengumpulan lemak dalam badan.Walaupun ia bukanlah satu penyakit TETAPI ia adalah indikator kepada serangan penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit belakang, strok serta masalah jantung.
OBESITI boleh terbahagi kepada 3 kelas iaitu:


KELAS 1 : UKURAN BMI 30-34.9
KELAS 2 : UKURAN BMI 35-39.9
KELAS 3 : UKURAN BMI >40




(Mengikut kenyataan kajian oleh WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) tahun 1995,2000 dan 2004)


OBESITI di Malaysia semakin meningkat.Kajian pada taHun 2006, membuktikan bahawa sekurang-kurangnya 2 daripada 5 orang dewasa mengalami OBESITI. Lebih membahaykan lagi, keadaan ini dipercayai akan meningkat sehingga 3 kali ganda selepas 10 tahun. 38% remaja yang berusia 12-18 tahun di Malaysia mempunyai masalah OBESITI



Sebenarnya OBESITI boleh dicegah awal dengan:


1. Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut piramid Malayisa
2. Banyakkan mengambil sayuran dan buahan
3. Senaman yang konsisten sekurang-kurangnya 3/4 kali seminggu selama 30 minit setipa seisi
4. Ajar diri untuk hidup menjadi lebih aktif



Penyebab OBESITI


- Genetik
- Kurang aktiviti fizikal
- Jadual makan tidak tetap
- Persekitaran yang tidak sihat




Apa yang boleh dilakukan oleh individu yang OBESITI:


1) Sasarkan penurunan berat badan sekurang-kurangnya 1/2 kg dalam sebulan
2) Mengambil makanan seimbang dan mengikut waktu
3) Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergorengf
4) Melakukan senaman secara berkala. 1/2 jam pada permulaan dan 1 jam apabila sudah biasa sebanyak 3 ke 4 kali seminggu.
5) Gunakan snek yang lebih sihat seperti biskut oat dan buahan kering
6) Minum banyak air masak untuk menyingkirkan toksin dalam badan





Untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak seperti contoh menu untuk OBESITI anda bolehlah mendapatkannya dengan membeli majalah rapi edisi 1 April 2012.


SELAMAT MEMBACA.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS