''NURSING INFORMATICS'' DALAM
BIDANG PERUBATAN
Apabila diajukan soalan mengenai bidang nursing informatics kepada golongan masyarakat kita,
mungkin hanya suku daripada golongan masyarakat mengetahui mengenai bidang
tersebut. Nursing informatik bukanlah
suatu bidang yang baru diperkenalkan malah ianya sebenarnya telah lama
diperkenalkan dalam bidang perubatan. Namun di Malaysia, bidang nursing informatics boleh dikatogerikan sebagai bidang yang
baru mula menapak dan diperkenalkan kepada masyarakat.
Menurut sejarah awal, Informatik dimodelkan berdasarkan perkataan
Perancis iaitu informatique dan pada akhir tahun 1970-an,
perkataan tersebut pertama kali digunakan sebagai medical informatics,
diikuti dengan penggunaan dalam bidang kejururawatan pada tahun 1980-an.
American Nurses Association (ANA) menjadikan nursing
informatics sebagai satu
bidang amalan khusus pada tahun 1992, walaupun jururawat sebelum ini telah lama
diperkenalkan dengan bidang informatik. Selepas
itu, ahli-ahli sukarelawan ANA telah mengembangkan skop dan piawaian bagi
bidang praktikal yang berfungsi sebagai panduan untuk diamalkan dalam bidang
perubatan.
Komputer
dan teknologi maklumat telah menjadi bahagian yang penting dalam penjagaan
kesihatan hampir sepanjang tempoh 30 tahun yang lepas. Kesan daripada
fenomena ini menyebabkan wujudnya peranan nursing
informatics. Menurut ANA nursing
informatics membawa 2 bahagian definisi iaitu yang pertama,
ia adalah khas yang mengintegrasikan sains kejururawatan, komputer dan maklumat
untuk mengurus data, maklumat dan pengetahuan mengenai amalan kejururawatan
atau pesakit. Manakala definisi kedua pula adalah bidang pengkhususan yang
memudahkan penggunaan data, maklumat dan pengetahuan untuk membantu membekalkan
penjagaan kesihatan dan pendidikan pesakit dalam proses membuat keputusan
mereka. Jururawat nursing
informatics menggunakan latar belakang kejururawatan praktikal mereka
apabila mengaplikasikan penggunaan teknologi baru untuk meningkatkan penjagaan
pesakit.
Pelbagai
langkah atau cadangan perlu dilaksanakan bagi mengetengahkan serta memantapkan
lagi bidang nursing informatic agar dapat diaplikasi dalam bidang
kesihatan dalam negara kita.
Antara
langkah yang perlu dilakukan adalah yang pertama memperkenalkan subjek nursing informatics dalam pelajaran bagi pelajar
kejururawatan serta dalam bidang pengkhususan untuk jururawat yang ingin
melanjutkan pengajian kearah yang lebih tinggi lagi. Dengan cara ini, para
jururawat akan lebih mengenali dan memahami skop tugas untuk bidang ini. Mereka
juga akan dapat membawa pembaharuan dalam bidang tugas jururawat selepas
selesai pengajian serta mencapai tahap yang lebih canggih dalam pemahaman dan
kemahiran dalam cabang bidang jururawat.
Selain
itu, pihak kerajaan juga perlu membekalkan tenaga mahir serta keperluan ICT
yang lengkap bagi mengalakkan para jururawat berminat untuk melibatkan diri
dalam bidang nursing
informatic. Dengan adanya
tenaga mahir dalam memberi pendidikan terhadap bidang ini, maka para jururawat
tidak perlu lagi mendalami bidang ini di negara luar. Kemudahan ICT yang
lengkap juga membantu memudahkan pengaplikasian nursing informatic untuk tugas di hospital
dengan membekalkan kecekapan dalam aplikasi maklumat yang dapat menampung
keseluruhan bidang praktikal dan amali para jururawat.
Media
massa juga perlu memainkan peranan dalam aspek ini dengan mempromosikan bidang nursing informatics kepada masyarakat agar mereka dapat
mengetahui dan memahami kewujudan bidang ini dalam dunia perubatan pada masa
kini. Antaranya dengan menyiarkan iklan di radio dan televisyen serta menyiarkan
juga artikel mengenai bidang ini di dada akhbar atau dalam internet. Ini kerana
pada masa kini, media massa merupakan platform untuk
masyarakat mengetahui maklumat terbaru. Oleh itu, dengan adanya penyampaian
maklumat mengenai bidang ini, maka masyarakat akan dapat menerima dan
memperolehi maklumat mengenai kepentingan bidang ini dalam pengaplikasianya
untuk bidang kesihatan.
Dalam pada itu, setiap pengurusan
hospital juga perlu menyediakan bidang tugas untuk jawatan jururawat nursing
informatics dalam hospital
mereka agar para pengamal bidang perubatan lain dapat memahami serta menerima
keberkesanan tugas nursing informatics dalam memudahkan pengurusan penjagaan
kesihatan bagi pesakit serta tugas-tugas rutin dan maklumat yang perlu
diperolehi untuk rawatan para pesakit. Jika kita lihat di negara-negara maju
seperti Amerika dan Kanada , mereka menyediakan skop tugas yang khusus untuk
jawatan jururawat nursing informatic sehingga
ketahap pakar. Dengan cara itu, tugas serta jagarawatan di hospital mereka
menjadi lebih efektif serta lancar. Para pesakit juga mendapat faedah dari segi
rawatan dan penjagaan kesihatan dan pendidikan ketika di hospital.
Cadangan yang terakhir sekali dalam mengetengahkan
dan memantapkan bidang nursing informatics ini adalah dengan mengadakan bengkel
serta stimulasi berkaitan dengan bidang nursing informatics. Dengan cara ini,
jururawat dapat memahami dan memperbaiki kefahaman serta praktikal mereka dalam nursing informatics. Mereka juga akan dapat dapat
memperolehi maklumat terkini dan menjadi lebih proaktif dalam bidang ini.
Kesimpulannya,bidang nursing informatics perlulah mula menapak di setiap
pusat perubatan dalam negara kita agar sistem pengurusan jagarawatan menjadi
lebih efektif serta memberi impak yang positif kepada para pelanggan kesihatan
kita. Justeru itu, langkah-langkah yang drastik perlu dilaksanakan untuk
merealisasikan impian ini.