''NURSING INFORMATICS'' DALAM BIDANG PERUBATAN 

Apabila diajukan soalan mengenai bidang nursing informatics kepada golongan masyarakat kita, mungkin hanya suku daripada golongan masyarakat mengetahui mengenai bidang tersebut. Nursing informatik bukanlah suatu bidang yang baru diperkenalkan malah ianya sebenarnya telah lama diperkenalkan dalam bidang perubatan. Namun di Malaysia, bidang nursing informatics boleh dikatogerikan sebagai bidang yang baru mula menapak dan diperkenalkan kepada masyarakat. 

Menurut sejarah awal, Informatik dimodelkan berdasarkan perkataan Perancis iaitu informatique dan pada akhir tahun 1970-an, perkataan tersebut pertama kali digunakan sebagai medical informatics, diikuti dengan penggunaan dalam bidang kejururawatan pada tahun 1980-an. American Nurses Association (ANA) menjadikan nursing informatics sebagai satu bidang amalan khusus pada tahun 1992, walaupun jururawat sebelum ini telah lama diperkenalkan dengan bidang informatik. Selepas itu, ahli-ahli sukarelawan ANA telah mengembangkan skop dan piawaian bagi bidang praktikal yang berfungsi sebagai panduan untuk diamalkan dalam bidang perubatan.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi bahagian yang penting dalam penjagaan kesihatan hampir sepanjang tempoh 30 tahun yang lepas. Kesan daripada fenomena ini menyebabkan wujudnya peranan nursing informatics. Menurut ANA nursing informatics membawa 2 bahagian definisi iaitu yang pertama, ia adalah khas yang mengintegrasikan sains kejururawatan, komputer dan maklumat untuk mengurus data, maklumat dan pengetahuan mengenai amalan kejururawatan atau pesakit. Manakala definisi kedua pula adalah bidang pengkhususan yang memudahkan penggunaan data, maklumat dan pengetahuan untuk membantu membekalkan penjagaan kesihatan dan pendidikan pesakit dalam proses membuat keputusan mereka. Jururawat nursing informatics menggunakan latar belakang kejururawatan praktikal mereka apabila mengaplikasikan penggunaan teknologi baru untuk meningkatkan penjagaan pesakit.
Pelbagai langkah atau cadangan perlu dilaksanakan bagi mengetengahkan serta memantapkan lagi bidang nursing informatic agar dapat diaplikasi dalam bidang kesihatan dalam negara kita.
Antara langkah yang perlu dilakukan adalah yang pertama memperkenalkan subjek nursing informatics dalam pelajaran bagi pelajar kejururawatan serta dalam bidang pengkhususan untuk jururawat yang ingin melanjutkan pengajian kearah yang lebih tinggi lagi. Dengan cara ini, para jururawat akan lebih mengenali dan memahami skop tugas untuk bidang ini. Mereka juga akan dapat membawa pembaharuan dalam bidang tugas jururawat selepas selesai pengajian serta mencapai tahap yang lebih canggih dalam pemahaman dan kemahiran dalam cabang bidang jururawat.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membekalkan tenaga mahir serta keperluan ICT yang lengkap bagi mengalakkan para jururawat berminat untuk melibatkan diri dalam bidang nursing informatic. Dengan adanya tenaga mahir dalam memberi pendidikan terhadap bidang ini, maka para jururawat tidak perlu lagi mendalami bidang ini di negara luar. Kemudahan ICT yang lengkap juga membantu memudahkan pengaplikasian nursing informatic untuk tugas di hospital dengan membekalkan kecekapan dalam aplikasi maklumat yang dapat menampung keseluruhan bidang praktikal dan amali para jururawat.

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam aspek ini dengan mempromosikan bidang nursing informatics kepada masyarakat agar mereka dapat mengetahui dan memahami kewujudan bidang ini dalam dunia perubatan pada masa kini. Antaranya dengan menyiarkan iklan di radio dan televisyen serta menyiarkan juga artikel mengenai bidang ini di dada akhbar atau dalam internet. Ini kerana pada masa kini, media massa merupakan platform untuk masyarakat mengetahui maklumat terbaru. Oleh itu, dengan adanya penyampaian maklumat mengenai bidang ini, maka masyarakat akan dapat menerima dan memperolehi maklumat mengenai kepentingan bidang ini dalam pengaplikasianya untuk bidang kesihatan. 

Dalam pada itu, setiap pengurusan hospital juga perlu menyediakan bidang tugas untuk jawatan jururawat nursing informatics dalam hospital mereka agar para pengamal bidang perubatan lain dapat memahami serta menerima keberkesanan tugas nursing informatics dalam memudahkan pengurusan penjagaan kesihatan bagi pesakit serta tugas-tugas rutin dan maklumat yang perlu diperolehi untuk rawatan para pesakit. Jika kita lihat di negara-negara maju seperti Amerika dan Kanada , mereka menyediakan skop tugas yang khusus untuk jawatan jururawat nursing informatic sehingga ketahap pakar. Dengan cara itu, tugas serta jagarawatan di hospital mereka menjadi lebih efektif serta lancar. Para pesakit juga mendapat faedah dari segi rawatan dan penjagaan kesihatan dan pendidikan ketika di hospital.
Cadangan yang terakhir sekali dalam mengetengahkan dan memantapkan bidang nursing informatics ini adalah dengan mengadakan bengkel serta stimulasi berkaitan dengan bidang nursing informatics. Dengan cara ini, jururawat dapat memahami dan memperbaiki kefahaman serta praktikal mereka dalam nursing informatics. Mereka juga akan dapat dapat memperolehi maklumat terkini dan menjadi lebih proaktif dalam bidang ini.

Kesimpulannya,bidang nursing informatics perlulah mula menapak di setiap pusat perubatan dalam negara kita agar sistem pengurusan jagarawatan menjadi lebih efektif serta memberi impak yang positif kepada para pelanggan kesihatan kita. Justeru itu, langkah-langkah yang drastik perlu dilaksanakan untuk merealisasikan impian ini.
  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 comments:

Unknown said...

Salam.
Pada pendapat saya, nursing informatik sememangnya diperlukan pada zaman era teknologi kini kerana kalau kita lihat peratus bilangan pesakit semakin meningkat dan jururawat pula semakin dibebani oleh kerja dengan menggunakan sistem yang lama, iaitu sistem bertulis. Kewujudan jururawat yang mahir dalam bidang nursing informatik ini menjadikan bebanan kerja dapat dikurangkan dan pada masa yang sama menjimatkan masa dan tenaga.

NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

Ina Mohd Aman said...

Assalamualaikum,
saya sangat tertarik untuk membincangkan entri saudari di atas. "Nursing Informatic" sememangnya bukan benda baru dalam bidang perubatan namun penggunaannya di hospital-hospital di Malaysia masih tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Di sini saya ingin mencadangkan satu lagi cara untuk menaik tarafkan "Nursing Informatic" di Malaysia iaitu dengan memperkenalkan post basic dalam bidang ini. Kebanyakan jururawat sendiri, terutama jururawat senior, tidak tahu tentang nursing informatik dan tidak didedahkan sama ada sewaktu di kelas ataupun ditempat kerja. Dengan adanya post basic ini, mereka boleh didedahkan dan faham dengan lebih mendalam tentang bidang ini serta mampu memperkenalkan dan menggunakannya di hospital tempat mereka bekerja.

Siti Ina Shakinah
(A127478)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam...
Saya agak tertarik dengan entri saudari mengenai "nursing informatic" dalam bidang perubatan. Pada pandangan saya, "Nursing Informatic" sememangnya memberikan banyak manfaat kepada bidang perubatan terutamanya dalam bidang kejururawatan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti jagarawatan untuk pesakit. Namun begitu, sekiranya diperhatikan "Nursing Informatic" di Malaysia masih lagi belum mencapai tahap seperti negara maju yang lain. Walaubagaimanapun, semua ini tidak mustahil sekiranya setiap pihak memainkan peranan yang sewajarnya.

Anis anisya syed hassan said...

Salam....
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang telah dicadang seperti diatas adalah langkah yang terbaik untuk memantapkan bidang nursing informatik di negara kita. JIka dibandingkan negara kita dengan luar ,bidang ini masih diperingkat awal bahkan ada di antara kita yang tidak tahu akan bidang tersebut. Selain itu, bidang ini memberi banyak faedah kepada profesion nursing , pesakit, hospital mahupun negara.

SHARIFAH NOORANIS ANISYA BT SYED ABU HASSAN
A127261

Kama said...

Salam
"Nursing Informatic" amat berguna dalam meningkatkan jagarawatan justeru dapat meningkatkan profesion jururawat di Malaysia. Langkah-langkah di atas amat sesuai untuk dilaksanakan bagi mengetengahkan dan memantapkan lagi bidang "nursing informatic" agar dapat diaplikasi dalam bidang kesihatan dalam negara kita. Antara contohnya, kursus Sarjana Muda Kejururawatan di UKM telah mewajibkan untuk mengambil kursus "Nursing Informatic". Dalam kursus tersebut, pendedahan tentang kegunaan dan kepentingan "nursing informatic" di dalam profesion jururawat telah membuka minda para jururawat dan bakal jururawat. Langkah ini sangat berkesan.

Kamariah Kamaludin
A127849

Nurfadhilah said...

assalamualaikum
pada pendapat saya, "nursing informatic" bukanlah lagi sesuatu yang asing dikalangan jururawat. saya sangat bersetuju yang kita haruslah meneruskan rancangan untuk menerap dan memantapkan kemahiran teknologi dikalangan jururawat. dengan adanya jururawat yang mahir dalam bidang teknologi, maka profesion jururawat akan bertambah baik dan akan lebih meningkat. ini akan menambahkan lagi produktiviti di kalangan masyarakat dan bangsa kita yang menuju ke arah yang lebih cemerlang.

Nurfadhilah Mohd Farid
A128040

fatihah salah huddin said...
This comment has been removed by the author.
fatihah salah huddin said...

assalamualaikum..
saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan bahawa jururawat perlu melanjutkan pelajaran mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.ini membolehkan jururawat menambah ilmu yang ada dan juga menjadikan nursing informatic lebih difahami. Mungkin ini juga akan dapat menambah lagi jawatan 'nurse informatics' di Malaysia supaya ia yang diketahui umum.

NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN
A127495

Nur Syahirah said...

Assalamualaikum
Saya sanagt bersetuju dengan saudari tentang nursing informatic dapat membantu dalam memeudah kerja seorang staff nurse. Seperti mengelakkan medication error dan lain-lain lagi. Melalui nursing informatic dapat membawa profesion nurse ke satu tahap yang lebih tinggi dan orang tidak memandang rendah terhadap profession sebagai seorang nurse. Ini akan dapat membantu menjadikan staff nurse seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan boleh mengaplikasikan teknologi yang telah dipelajarai.

NUR SYAHIRAH BT ZAMAURI
(A130608)

Shafini Yusuff said...

assalamualaikum..
isu yang saudari kemukakan amat menarik. saya bersetuju dengan saudari mengenai isu ini. majoriti masyarakat malaysia masih belum tahu wujudnya bidang nursing informatik. semua pihak harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menaikkan bidang nursing informatik supaya jururawat-jururawat di malaysia tidak jauh ketinggalan dalam bidang teknologi.

SITI NOR SHAFINI BT YUSUFF (A128008)

Post a Comment